Wednesday, April 23, 2008

dhobitah

Dhobitah, pengawas dan prefect.Sama sahaja, kan?? Gelarannya banyak, namun fungsinya cuma satu: memimpin para pelajar ke arah kecenderungan berdisiplin. Dalam memimpin, dakwah diperlukan. Dalam dakwah pula pemimpin diperlukan. perlukah saya katakan bahawa fungsinya cuma satu?? Mungkin bagi sesetengah pihak, satu fungsi sudah memadai. Lain halnya di Maahad Muhammadi Lilbanat, fungsinya perlu dua. Pimpin dan dakwah.
Mengapa perlu dua?? Jawapannya mudah sahaja. Berdasarkan satu hadith diriwayatkan, RasulluLLAH pernah bersabda, setiap insan yang mengucap dua kalimah syahadah, maka dia adalah seorang dai'e (pendakwah). Secara automatik semua dari muslim adalah dai'e. Dan kami juga adalah seorang dai'e. Jadi kami mengambil kesempatan dengan amanah dan kelainan dipunyai kami untuk menjalankan kerja dakwah dan memimpin dengan lebih berkesan.

RaiEna-san

No comments: