Tuesday, June 10, 2008

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2007

Pada 22 May 2008, satu majlis besar-besaran telah diadakan bagi meraikan kecemerlangan para pelajar MMP yang mendapat kejayaan dalam peperiksaaan utama iaitu PMRU, PMR, SMU, SPM, STAM, dan STPM. Antara yang menerima anugerah tersebut ialah ketua pelajar MMP 2007, Nur Amalina Juhari yang menempa kejayaan besar dalam SPM dengan mendapat 13 a1 2 a2. Majlis dirasmikan oleh pengarah YIK yang mewakili Tuan Haji Nik Ammar.

Wednesday, May 14, 2008

'EXAM' PERTENGAHAN TAHUN

aSsaLamuaLaikum
buat masa terdekat, blog ini terpaksa diberhentikan pengubahsuaian krn kami sdg menjalani peperiksaan Pertengahan Tahun..isyaALLAH kami akn bergerak semula dlm beberapa hari lg..
waSsaLam

Wednesday, April 23, 2008

dhobitah

Dhobitah, pengawas dan prefect.Sama sahaja, kan?? Gelarannya banyak, namun fungsinya cuma satu: memimpin para pelajar ke arah kecenderungan berdisiplin. Dalam memimpin, dakwah diperlukan. Dalam dakwah pula pemimpin diperlukan. perlukah saya katakan bahawa fungsinya cuma satu?? Mungkin bagi sesetengah pihak, satu fungsi sudah memadai. Lain halnya di Maahad Muhammadi Lilbanat, fungsinya perlu dua. Pimpin dan dakwah.
Mengapa perlu dua?? Jawapannya mudah sahaja. Berdasarkan satu hadith diriwayatkan, RasulluLLAH pernah bersabda, setiap insan yang mengucap dua kalimah syahadah, maka dia adalah seorang dai'e (pendakwah). Secara automatik semua dari muslim adalah dai'e. Dan kami juga adalah seorang dai'e. Jadi kami mengambil kesempatan dengan amanah dan kelainan dipunyai kami untuk menjalankan kerja dakwah dan memimpin dengan lebih berkesan.

RaiEna-san

Tuesday, April 15, 2008

Ust Azhar Salleh

BismiLLAHirRahmanirRaheem...

Hari ini,Selasa 15 april 08 telah berlaku satu thobur khas menyambut mantan mudir mmp, Ust Azhar Salleh..Beliau da pun ditukarkan ke YIK mjadi pen.hem YIK..org besar jgk laa beliau ni..
banyak aktiviti yang dijalankan. Antaranya ialah seloka, syair, bacaan doa selamat dan nasyid perpisahan dari kanak2 form1&2..insyaALLAH video yang diambil saya selitkan nanti..Para koordinator agak letih hari ini memandangkan masih banyak yang perlu dipersiap..alhamduliLLAH segalanya insyaALLAH diredhai, beres dalam keadaan yang baik..bantuan dan sokongan banyak pihak akhirnya cita2 mereka tercapai..terima kasih kepada yang turut membantu..jazakumuLLAH khairan katsiraa~

RaiEna-san

Saturday, April 12, 2008

badan disiplin maahad muhammadi lilbanat


BismiLLAHirRahmanirRahim..
aSsaLamuaLaikum..
Syukur ke hadrat ILLAHI kerana badan disiplin kini sudah mempunyai website@blog.. Walaupun masih dalam pembinaan, namun sudah cukup bagi b.disiplin untuk menjadi sebuah badan yang lengkap sekalipun di dalam mahupun di luar sekolah..

Ucapan ribuan terima kasih buat teman2 yang sudah banyak membantu saya dalam membina dan melengkapkan blog ini..insyaALLAH blog ini akan beres 100% dalam masa yang terdekat..Semoga jasa baik kalian TUHAN sahaja yang bisa menilai dan mengganjarinya..Ameen..

WaLLAHua'lam

ukiranku,
RaiEna-san